Saturday, September 23, 2006

Sorry i update in malay for a change

*Titis airmata ini tidak akan melemaskan lagi sisa semangatku*

Aku terasa duniaku sekarang terumbang-ambing seperti kapal yang sesat di tengah lautan..Duniaku kini seperti tiada haluan..Ya..memang..tiada haluan. Aku berasa yang duniaku ini penuh dengan kekecewaan,impian dan cita-cita yang juga tidak kesampaian. Aku berasa yang aku telah gagal dalam kehidupan. Entah lah kenapa dan mengapa, aku merasai hiba, sayu-dengan secara tiba-tba. Aku tahu yang mungkin pada luarannya aku nampak bahagia. Mungkin juga. Aku terlalu runsing dengan fikiranku ketika ini. Banyak benda yang aku fikirkan. terutama sekali masa depan ku. Apakah aku masih ada peluang untuk meneruskan cita-citaku? mungkin ya dan mungkin juga tidak.Itulah agaknya masalahnya. Aku terlalu memikir dan mengingatkan tentang orang lain. Entah kenapa aku hampir tewas dengan permainan dunia ini. Ramai yang berkata, jika berkerja keras dan niat di hati itu suci, walau apa pun terjadi, apa yang kita minta juga insyaAllah akan kita dapat. Aku berkerja keras untuk cuba mendapat apa yang aku impikan tetapi malangnya...Agaknya niat di hatiku tak suci kot. Mungkinlah ehk. Siapalah aku didalam dunia ini untuk mempersoalkan takdir yang ditentukan oleh Tuhan yang Maha Esa..Walau apa pun aku tetap tidak berputus asa. Aku berazam walau berapa beratnya rintangan yang diberikan kepada aku, aku tetap akan mengharungi liku-liku hidup.

Baiklah..Sejak semenjak holidays ni, aku sudah balik kepada hobiku yang dahulu iaitu membaca buku. Mungkin dah berbulan-bulan aku tidak membaca buku kerana aku sudah tidak betah membaca buku sejak aku memasuki ITE. Di waktu itu aku sudah hilang pedaomanku untuk berusah dan lantas aku tidak mahu membaca buku lagi. Tetapi, aku sedar bahawa itulah minatku yang sebenar. Aku akur bahawa aku pernah buat kesilapan dan aku sedar alangkah indahnya hati dan perasaan aku apabila aku apat membaca buku. *Haiz* Selepas dua hari, aku da selesai baca buku itu. Sungguh berbunga hatiku.

Dan didalam buku itu, ada tertulis satu rankap yang ingin aku berkongsi bersama teman- temanku.

Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam,
Bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasannya,
Bukan dari kakinya untuk dijadikan alsannya,
Melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya,
Dekat pada lengan untuk dilindunginya
dan dekat di hati untuk dicintainya.

Indahkan. Hanya dengan kata-kata ini, mampu memikat hati perempuan. Bukan dengan harta benda atau pun lain cuma keikhlasan hati. Selamat berpuasa kepada sahabatku yang tersayang.

Lynn blogged @ 5:25 PM
~~Ms Sweetie~~
[A]dOraBle
[M]uSiC lOvEr
[A]mBiTiOuS
[L]oYaL
[I]nTeLLiGeNt
[N]aughty
[A]fFeCTiOnaTe


*Family
*Boyfie
*Frenz
*Reflecting on myself
*Listening to my frenz Problems
*Drawing..w/o pressure that is..

~~Shout-Outs~~


~~Friends~~

Kakak||Mira
Aishah||Azni||Ashraf||
Badriah||Cassandra||Catherine||
Coreen||Danish||Eunice||
Fiqa||Hazbiba||Hidayah||
Huda||HuiMin||JaJa||
MengTing||Michelle||
Nira||Nurul Huda||RIN||
Sandy||Shahidah||ShaKila||
ShaLiza||Sheila||SK||
Syira||Tasha||Wani||Wawa|| Yanie||ZaFlynn||